Monday 3 August 2015

INTENSIVE GRAMMAR CLASS FOR KIDS & ADULTS

Setiap kali saya kendalikan BENGKEL GRAMMAR BOOSTER , saya dapati pelajar-pelajar yang lemah bukan hanya tidak menguasai grammar tetapi yang lebih teruk ialah mereka amat lemah menguasai kosa kata (vocabulary ) Bahasa Inggeris. Kosa kata mereka amat terhad.

Mereka juga tidak mampu menyebut perkataan BI dengan betul. Keadaan ini menyebabkan mereka tidak minat belajar BI kerana seringkali tidak faham apabila membaca atau mendengar BI.

Justeru itu, perlu diingatkan terutamanya ibubapa untuk sekurang-kurangnya memberi pendedahan awal kepada anak-anak. Pendedahan kepada BI di peringkat awal amat penting supaya anak-anak dapat menyerap perkataan BI sedari kecil lagi dan secara tidak langsung mereka sudah menyimpan kosa kata BI di dalam memori mereka. Apabila mereka mula bersekolah, mereka tidak mempunyai masalah besar memahami perkataan yang diperkenalkan guru kerana sudah ada tersimpan di memori mereka. Mereka hanya perlu terus mengumpul kosa kata yang baharu untuk membanyakkan penguasaan perkataan.

Malangnya ada ramai ibubapa terutamanya di kampong, langsung tidak memberi pendedahan BI kepada anak-anak atas alasan mereka sendiri tidak tahu atau tidak pandai BI. Biarlah guru yang mengajar anak-anak mereka kerana itu adalah tugas guru. Kesannya, anak-anak ini akan ketinggalan berbanding dengan pelajar lain yang mendapat pendedahan awal. Mereka akan merangkak rangkak cuba memahami maksud ayat BI. Selalunya di sekolah merka ditempatkan di kelas corot bersama pelajar pelajar lain yang juga turut dikategorikan lemah.

Atas factor ini, saya cuba mengambil inisiatif untuk membantu dengan menawarkan KELAS INTENSIF yang bakal dikendalikan setiap Jumaat selama 3 jam iaitu daripada jam 10.00 pagi hingga 1.00 tgh.

Kelas ini akan menumpukan kepada penguasaan kosa kata di samping meningkatkan penguasaan grammar melalui teknik yang menghiburkan, Pelajar akan merasai belajar vocabulary dan grammar dalam suasana yang amat menyeronokkan.

Kelas turut juga ditawarkan kepada golongan dewasa yang masih lagi tercari-cari formula untuk mantapkan BI . Sebagaimana kelas untuk kanak-knak, kelas ini juga dikendalikan selama 3 jam pada setiap Sabtu.

Lokasi kelas ialah di 1371, Lorong Masjid Al-Amin, Batu 2 Jalan Pengkalan Chepa, Kota Bharu Kelantan

Kepada warga Kelantan yang berminat dengan kelas-kelas ini bolehlah hubungi nombor-nombor ini untuk maklumat lanjut :


019 917 0769 (Teacher Zaida )

019 910 7269 ( En. Hassany )

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...