Sunday, 12 June 2016

TEKNIK MENULIS JURNAL YANG WOW !

Teknik menulis jurnal
===================
Setiap kali kelas teacher, pada 5-10 minit pertama pelajar perlu menulis jurnal.
Jurnal perlu ditulis dlm buku khas dan tajuk adalah bebas. Mereka bebas menulis apa sahaja asalkan melebihi 5 ayat.
Pada peringkat permulaan, agak susah utk mereka menulis. Pelbagai alasan. Tiada idea, tak pandai susun ayat, grammar tunggang langgang dan pelbagai lagi.
Wbp, teacher tegaskan tulislah apa sahaja dan teacher tdk hiraukan grammar. Teacher hanya mahu mereka menulis dan tulislah sesuatu yg dekat dgn mereka.
Bagi yg pernah membaca buku teacher " Daripada Budu Ke Cheese " tentu tahu cerita ini kan. Ada teacher kongsikan dalam buku ini secara detail.
Lama kelamaan mrk semakin biasa dan seronok menulis. Spt dijangka mereka menulis ttg perkara yg dekat dgn mereka...kawan2, keluarga, kelas, asrama, guru, duit dan mcm2 lagi.
Setiap hujung minggu teacher akan kutip dan baca cerita mereka satu persatu. Teacher akan tulis komen2 yg menarik dan ada juga memberi kata2 motivasi dan semangat jika mrk menulis ttg masalah yg dihadapi. Sikitpun teacher tidak sentuh atau komen pasal grammar.
Teacher biarkan sahaja kesalahan2 grammar.
Yang menariknya, pelajar begitu ghairah dan seronok menulis hingga sering ingatkan teacher utk mengutip buku mrk jika teacher terlupa. Hurmm....rupa2 nya mereka tertunggu2 utk membaca komen dan catatan teacher. Pada mereka itulah komen keramat yg membakar semangat mrk utk menulis.
Okay....apa agaknya kebaikan teknik ini ? Sejujurnya banyak kebaikannya ttp satu yg ketara ialah dalam ujian penulisan, majoriti pelajar mampu menulis dgn isi yg baik dan idea yg mencurah-curah.
Kesalahan grammar pun tidak terlalu ketara.
Menarik bukan ???
Teacher galakkan para guru/ibubapa praktikkan teknik ini dgn pelajar/anak .
In shaa Allah ada peningkatan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...