Monday 3 November 2014

GUNA BAHASA IBUNDA AJAR BI LEBIH BERKESAN - PROF EMERITUS ISAHAK HARON

GUNA BAHASA IBUNDA AJAR BI LEBIH BERKESAN - PROF EMERITUS ISAHAK HARON

Saya cukup tertarik dgn kenyataan Prof Emeritus Isahak Haron - Felo Penyelidik Kanan Jabatan Kaunseling & Psikologi Pendidikan, UM berkenaan dgn penguasaan BI dan prose...s pengajaran & pembelajaran BI di peringkat sekolah rendah.

Berikut beberapa petikan drp kenyataan beliau :

++ Ujian Linus (membaca & menulis BI) pada thn 2014 menunjukkan 40 % murid sekolah kebangsaan gagal lulus tahap asas membaca & menulis

++ Sukar untuk murid sekolah menguasai BI jika kita menggunakan buku teks dan buku aktiviti sedia ada.
Pendekatan (fonik) ini bercelaru dan tdk sesuai dgn konteks dan keperluan di sekolah kebangsaan.

++ Kita blh mengguna kebolehan sedia ada murid utk mengajar 2M BI. Kita blh mengguna apa yg ada dlm bhs ibunda utk mempelajari bahasa lain, terutama dlm konteks bahasa kedua.

++ Prinsip mengguna bhs ibunda utk mempelajari bhs kedua sudah lama difahami dan diamalkan di Korea Selatan, Jepun & Eropah. Bahkan di California AS.

++ Bahasa ibunda blh diguna utk memudahkan murid memahami makna sesuatu perkataan atau ayat

++ DI Malaysia, amalan ini dianggap 'salah' dan dimomokkan belajar BI perlu diajar dalam BI, tdk blh digunakan bahasa lain. Ini satu anggapan yg tidak berasaskan kajian.

Saya cukup bersetuju dgn pandangan beliau, kerana mula menyedari kaedah ini beberapa tahun lalu, semasa mula menulis buku ' 25 KEKELIRUAN BAHASA INGGERIS' dalam BAHASA MELAYU. Apa-apa pun, sama2 kita mengharapkan yang terbaik untuk anak-anak bangsa kita

Apa kata anda ?
See More

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...