Assalamualaikum & Selamat Sejahtera Buat Semua Pembaca,
Saat yang sekian lama ditunggu akhirnya kini telah tiba....Buku hasil tulisan saya yang pertama telah diterbitkan dan sekarang boleh didapati dalam versi Ebook. Buku yang bertajuk Travelog Bahasa Inggeris : Kisah Perjalanan Pelajar Corot Menjadi Guru Bahasa Inggeris diterbitkan oleh Penerbitan Buku Pandai iaitu anak syarikat PTS Publication.
Buku ini amat sesuai dibaca oleh semua peringkat umur terutamanya pelajar pelajar yang agak lemah penguasaan Bahasa Inggeris mereka. Ia ditulis untuk memberi motivasi dan inspirasi bagaimana untuk mengubah keadaan diri dan mencari penyelesaian untuk merungkaikan masalah pembelajaran bahasa inggeris.
Saya menceritakan pengalaman sendiri bagaimana bertatih dan merangkak dengan seribu kepayahan untuk menguasai bahasa antarabangsa ini. Bermula dengan pelajar yang lemah di kelas corot yang sering dihina dan dipandang rendah dek kebolehan bahasa inggeris yang amat terbatas, saya bangkit perlahan-lahan walaupun ada ketikanya hampir putus asa . Berbekalkan semangat dan doa tidak putus putus kepada Yang Maha Esa saya teruskan jua perjuangan hingga akhirnya mampu jua bergelar Guru Bahasa Inggeris.
Buku ini juga wajar dibaca oleh para guru terutamanya guru guru yang telah buntu memikirkan bagaimana untuk mendorong dan memberi semangat kepada pelajar yang sudah hilang minat belajar bahasa inggeris. Selain itu, saya juga turut menyelitkan TIPS-TIPS mudah untuk diamalkan untuk menguasai bahasa ini.
Sejujurnya, buku ini adalah hasil buah tangan saya dengan penuh ikhlas untuk dibaca oleh semua dan semoga apa yang ditulis dapat dijiwai dan mendorong untuk lebih berjaya dalam kehidupan. InsyaaAllAH ...
Buku ini boleh dibeli di Downloadilmu.Com