Cerita K pelajar ku
================
================
Malam ini teringin bercerita tentang pelajar teacher. Mungkin belakangan ini teacher banyak bersama dia ditambah dengan sedikit tertekan dengan pengharapan pelajar dan ibubapa terhadap pengajaran teacher.
K, pelajar teacher ini bakal menduduki SPM November ini. Dia mengenali teacher melalui buku " Daripada Budu Ke Cheese ". Terjentik emosi dan terinspirasi daripada buku itu, dia menghubungi teacher untuk menjadi pelajar. Pada awalnya dia mengikuti Kelas Elementary bersama pelajar rendah.
Dari situ teacher boleh kesan bagaimana lemahnya penguasaan BI beliau. Bahkan penguasaan pelajar tahun 4 pun lebih baik daripada dia.
Setiap masa teacher ingatkan dia dan memberi tips untuk berusaha berlipat kali ganda terutamanya menguasai kosa kata.
Setiap masa teacher ingatkan dia dan memberi tips untuk berusaha berlipat kali ganda terutamanya menguasai kosa kata.
Alhamdulillah dia seorang pelajar yg rajin dan begitu beria mengikuti jejak langkah teacher sebagaimana dalam Budu ke Cheese.
Sedikit sebanyak sudah ada sedikit peningkatan dengan tahap BI K. Wbp, masih belum mampu untuk lulus dalam ujian BI di sekolah.
Bimbang dgn keadaan dia dan SPM sudah semakin dekat, K meminta teacher mengajar dia secara individu. Dalam berat hati, teacher menerima juga atas faktor kasihan, ingin menolong dan simpati.
Wp dalam masa yg sama teacher berkira kira untuk menggunakan masa itu untuk anak teacher yg juga calon spm tahun ini.
Wp dalam masa yg sama teacher berkira kira untuk menggunakan masa itu untuk anak teacher yg juga calon spm tahun ini.
Biarlah berkorban sedikit menolong orang, moga-moga Allah menolong anak teacher dengan cara lain. Memang teacher kenakan yuran buat K, tetapi teacher pasti tidak ada yg kenakan yuran individu serendah teacher dgn hanya RM2X sahaja sejam.
Teacher cukup maklum rata-rata yuran individu ( 1 to 1 ) yg dikenakan ialah RM4X @ RM5X sejam.
Teacher cukup maklum rata-rata yuran individu ( 1 to 1 ) yg dikenakan ialah RM4X @ RM5X sejam.
Jika kadar itu lah yg teacher kenakan sudah pasti K tidak akan mampu utk membayar dan sudah tentu harapannya hanya tinggal harapan.
Sekarang, K sudah mengikuti 2 kelas bersama teacher; kelas individu dan kelas elementary.
Bermula Jumaat ini, jumlah kelasnya menjadi 3 kerana bakal memasuki juga Kelas Intensif SPM kumpulan.
Bermula Jumaat ini, jumlah kelasnya menjadi 3 kerana bakal memasuki juga Kelas Intensif SPM kumpulan.
Begitu bersemangat sekali K untuk mencari fasa peningkatan dalam penguasaan BI beliau dan paling utama mampu lulus atau lebih baik lagi.
Semangat K menjadikan teacher juga teruja dan terkesan. Wbp, dalam keterujaan ini tersimpan debar dan takut kerana bimbang tidak mampu melestarikan sebuah harapan....ya harapan yang terlalu tinggi daripada seorang anak didik.
Hanya kuasa Allah jua yang memungkinkan segalanya....
Usaha, doa dan tawakkal
InshaaAllah ada harapan buat K , buat anak teacher dan semua anak didik ...