Friday, 10 January 2014

PUBLIC SPEAKING TIPS

Hari ni masih ingin sentuh ttg Public Speaking. Semalam Nurul Amirah Hamzah ada bertanya ttg tips utk confident dalam PS.

Sebenarnya ramai yg hadapi masalah tdk yakin bila perlu bercakap seorang diri di khalayak apatah lagi dlm Bhs Inggeris. Saya cukup memahami krn saya juga antara pelajar yg cukup takut dan fobia dgn PS suatu waktu dahulu. Lebih2 lagi sering dihambur dgn kata2 negatif dan kesat sewaktu di universiti.

Pengalaman dan cerita sedih saya ini banyak saya kongsikan dlm buku tulisan saya 'Travelog Bahasa Inggeris : Kisah Pelajar Corot Menjadi Guru Bhs Inggeris ". Huhu...ramai yg bertanya ttg buku ini especially pelajar2 saya .

 Jawabannya buku ini msh dlm peringkat penulisan, belum siap sepenuhnya lagi krn byk penambahan perlu dibuat utk memenuhi kehendak penerbit. Doakan ya agar saya mampu jua menyiapkan naskah ini.

Okay, berbalik ttg tips tadi, di sini saya kongsikan sedikit tips2 penting mengikut pengalaman sendiri sbg pensyarah dan speaker :

1. Persediaan

Perlu betul2 bersedia dgn isi yg hebat . Isi perlu disusun secara tertib dan perlu juga banyak menggunakan 'connectors/penanda wacana' utk menunjukkan kesinambungan idea. Ini penting agar tdk tergagap2 dan idea yg melompat2. Anda akan berasa lebih yakin bila cukup persediaan.

2. 3 Minit Pertama

Penyampaian & Penampilan pada 3 minit pertama adalah yg plg penting sbg penentu berjaya @ gagal.
Bagaimana utk berjaya ? Jawabnya ialah 'intro' yg memukau dan berjaya mencuit audien.

Antara intro yg hebat ialah mengajukan soalan @ menyatakan sst isu yg sgt terkini @ memulakan ucapan dgn 'quotes/proverbs/saying/statistik' etc.

3. Body language & Eye Contact

Ingat " Action Speaks Louder Than Words ". Maksudnya pergerakan badan , tangan dan pandangan mata lebih membawa makna brbanding ucapan anda. Jadi berhati2 dgn pergerakan.

Jgn terlampau byk bergerak @ menggerakkan tangan
secara melampau. Sekiranya rasa gugup @ gementar cuba seboleh mungkin kawal pergerakan.

Sebaiknya bertenang dan anggap audien anda tdk banyak pengetahuan ttg subjek yang disampaikan . Anda lebih superior pd saat itu.

Anggaplah audien anda ' are very tiny that you can easily put inside your pocket '. Ini adalah ajaran guru saya yg masih saya praktik hingga kini.

Cukup setakat ini dulu. Moga bermanafaat utk Amirah Hamzah dan juga semua pelajar2 saya yg akan menghadapi Public Speaking Test minggu depan.

All The Best To All of You !!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...