Saat ini saya masih lagi tidak percaya yang saya telah pun berjaya menulis dan menghasilkan buku sendiri. Kejayaan ini mungkin biasa bagi orang lain, tetapi pada saya ia adalah pencapaian yang besar dan amat bermakna dalam hidup.
Ini kerana sekelumitpun saya tidak pernah bercita-cita dan terfikir untuk menulis dengan serius, apatah lagi sehingga 2 buah buku. Ini semua berlaku benar-benar atas kehendak Allah s.w.t.
Rupa-rupanya ujian yang menimpa saya telah menyebabkan saya menjadi penulis secara kebetulan. Sesungguhnya begitu hebat sekali perancangan Allah yang tidak mungkin terjangkau oleh kita. Allah lebih mengetahui kelebihan diri saya dan mengkehendaki saya menulis agar ilmu yang ada dapat dikongsi dengan lebih ramai orang dan dapat dimanafaatkan bersama.
Apabila buku pertama saya '25 KEKELIRUAN BAHASA INGGERIS' dihasilkan dan diterbitkan sendiri pada Mac, 2014 saya berdebar-debar bimbang buku itu tidak menepati kehendak pembaca terutamanya pelajar. Walaubagaimanapun, setelah sebulan diterbitkan ia bagai sebuah fenomena kerana sambutannya amat luar biasa sekali . Jualannya begitu hebat dan ternyata ramai yang menganggap buku ini amat bagus kerana menepati apa yang dicari selama ini dalam pembelajaran Bahasa Inggeris.
Buku ini memberi jalan keluar terutamanya kepada pelajar Melayu yang agak sukar memahami buku-buku rujukan dalam Bahasa Inggeris, Rata-rata pelajar sukar menguasai grammar kerana keliru dan tidak faham dengan rumus grammar yang agak sukar.
Apabila ada pilihan buku dalam Bahasa Malaysia yang dapat menolong memahamkan mereka, sudah tentu buku itu jadi rebutan.
Atas dasar inilah, kini 25 KEKELIRUAN BAHASA INGGERIS diulang cetak kerana masih ramai yang ingin memiliki dan merasai manafaat daripada buku kecil ini.
Saya juga amat mengalu-alukan lebih ramai yang sudi menjadi agen atau reseller kepada buku hebat ini, supaya buku ini lebih senang dibeli oleh pembaca secara cod sahaja .
Reseller akan diberi sejumlah buku percuma di samping diskaun yang hebat . Cepat, rebut peluang ini sebelum tawaran ini ditutup. Jangan segan-segan untuk hubungi saya. Sama-sama kita sebarkan ilmu dan sama-sama kita pandaikan bangsa kita.
Semoga amalan kita yang sedikit ini bakal menjadi bekal di akhirat nanti.
InshaaAllah, usaha kita diberkati Yang Maha Esa.
No comments:
Post a Comment