Sunday 12 January 2014

BAGAIMANA MENJADIKAN 5 WORDS A DAY LEBIH EFEKTIF (2)

Apabila saya tulis ttg teknik yg lebih EFEKTIF utk menulis 5 words a day, ramai juga yang bertanya dan meminta detail utk teknik ini.

Di sini saya kongsikan bagaimana 5 words boleh ditulis setiap hari:

1. Aback (Adverb )

Taken aback by the negative remarks ( surprise / terkejut )
( Lebih baik jika dilakarkan situasi ini (visualised ) )

2. Abandon ( Verb )

We abandon the old car in the empty parking lot
(leave behind,forsake / meninggalkan )

( Lukiskan lakaran kereta buruk yang ditinggalkan )

Cukup setakat 2 contoh diberikan .

Saya harap anda mampu melakukannya setiap hari .
Melabelkan jenis perkataan samada Noun, Verb , Adjective , Adverb dll amat penting supaya anda ingat dan faham bagaimana perkataan itu boleh digunakan.

BAGAIMANA MENJADIKAN 5 WORDS A DAY LEBIH EFEKTIF (1)


Ramai yang cuba meningkatkan penguasaan Bhs Inggeris dgn kaedah 5 words or 10 words a day.

Memang benar kaedah meningkatkan pengetahuan vocabulary amat penting tetapi mungkin ramai yg tidak tahu bahawa cara yg lebih EFEKTIF ialah dengan menulis keseluruhan ayat atau frasa di mana perkataan itu dijumpai .

Sbg contoh ;

Jangan hanya menulis begini :

Ample - enough , sufficient , adequate ( Cukup, Mencukupi )

Sebaiknya utk lebih EFEKTIF :

Ample ( adj ) - ...had ample food for the party. (enough,sufficient)
- ...of ample proportions. (large )

Kenapa perlu ditulis begini ?
Saya rasa anda mesti tahu kenapa. Mungkin boleh berkongsi disini utk lebih pencerahan.

Selamat Mencuba !

Friday 10 January 2014

THE 6 DONT'S IN PUBLIC SPEAKING !


ELAKKAN INI DALAM PUBLIC SPEAKING !

THE 6 DONT'S IN PUBLIC SPEAKING

1. Syok Sendiri

Kelakuan mengada-ngada
Menunjuk kemahiran bercakap tanpa tujuan
Lupa tujuan asal ucapan/majlis
Tenggelam dgn gaya dan suara sendiri

2. Penyajak Kabur

Menggunakan bahasa yg hanya difahami sendiri
Membaca shj ucapan yg telah ditulis terlebih dahulu
Menggunakan perkataan bombastik yg sukar difahami audien
Menggunakan ayat yg berbelit-belit

3. Nenek Berleter

Beri ucapan di luar/menyimpang drp tajuk
Bercakap dgn laju dan tergesa-gesa tanpa menghiraukan
keadaan audien

4. Ucapan Dalam Kelambu

Berucap dgn suara yg perlahan dan sebutan yg tidak jelas

5. Kera Luku

Berasa malu dan tdk yakin dgn ucapan sendiri
Sering meminta maaf wpun tiada kesalahan dibuat
Mengelakkan diri dari pandangan melalui gaya dan suara
Resah gelisah

6. Wayang Kulit

Menggayakan bahasa badan berlebih-lebihan


Pls Take Note - All Group 4 Students , APIUM

PUBLIC SPEAKING TIPS

Hari ni masih ingin sentuh ttg Public Speaking. Semalam Nurul Amirah Hamzah ada bertanya ttg tips utk confident dalam PS.

Sebenarnya ramai yg hadapi masalah tdk yakin bila perlu bercakap seorang diri di khalayak apatah lagi dlm Bhs Inggeris. Saya cukup memahami krn saya juga antara pelajar yg cukup takut dan fobia dgn PS suatu waktu dahulu. Lebih2 lagi sering dihambur dgn kata2 negatif dan kesat sewaktu di universiti.

Pengalaman dan cerita sedih saya ini banyak saya kongsikan dlm buku tulisan saya 'Travelog Bahasa Inggeris : Kisah Pelajar Corot Menjadi Guru Bhs Inggeris ". Huhu...ramai yg bertanya ttg buku ini especially pelajar2 saya .

 Jawabannya buku ini msh dlm peringkat penulisan, belum siap sepenuhnya lagi krn byk penambahan perlu dibuat utk memenuhi kehendak penerbit. Doakan ya agar saya mampu jua menyiapkan naskah ini.

Okay, berbalik ttg tips tadi, di sini saya kongsikan sedikit tips2 penting mengikut pengalaman sendiri sbg pensyarah dan speaker :

1. Persediaan

Perlu betul2 bersedia dgn isi yg hebat . Isi perlu disusun secara tertib dan perlu juga banyak menggunakan 'connectors/penanda wacana' utk menunjukkan kesinambungan idea. Ini penting agar tdk tergagap2 dan idea yg melompat2. Anda akan berasa lebih yakin bila cukup persediaan.

2. 3 Minit Pertama

Penyampaian & Penampilan pada 3 minit pertama adalah yg plg penting sbg penentu berjaya @ gagal.
Bagaimana utk berjaya ? Jawabnya ialah 'intro' yg memukau dan berjaya mencuit audien.

Antara intro yg hebat ialah mengajukan soalan @ menyatakan sst isu yg sgt terkini @ memulakan ucapan dgn 'quotes/proverbs/saying/statistik' etc.

3. Body language & Eye Contact

Ingat " Action Speaks Louder Than Words ". Maksudnya pergerakan badan , tangan dan pandangan mata lebih membawa makna brbanding ucapan anda. Jadi berhati2 dgn pergerakan.

Jgn terlampau byk bergerak @ menggerakkan tangan
secara melampau. Sekiranya rasa gugup @ gementar cuba seboleh mungkin kawal pergerakan.

Sebaiknya bertenang dan anggap audien anda tdk banyak pengetahuan ttg subjek yang disampaikan . Anda lebih superior pd saat itu.

Anggaplah audien anda ' are very tiny that you can easily put inside your pocket '. Ini adalah ajaran guru saya yg masih saya praktik hingga kini.

Cukup setakat ini dulu. Moga bermanafaat utk Amirah Hamzah dan juga semua pelajar2 saya yg akan menghadapi Public Speaking Test minggu depan.

All The Best To All of You !!!

PUBLIC SPEAKING PATTERNS


Pagi tadi kendalikan kelas Public Speaking dgn pelajar2 saya.

Memandangkan ujian PS tdk brp lama shj lagi, saya dedahkan pelajar dgn practice dan beberapa 'speech pattern' yg perlu dipilih mengikut jenis tajuk.

Umpamanya utk tajuk spt ' How to improve the mastery of English amongst rural students' , speech pattern yg perlu dipilih ialah Problem Solution Pattern iaitu s/ada mmberi byk solusi dan akhirnya mncdgkan 1 shj solusi terbaik @ blh juga mmberi hanya 1 solusi ttp mghuraikan byk sebab utk solusi tersebut.

Cth2 pattern yg lain ialah :
Chronological order
Spatial order
Cause effect
Topical order
Compare contrast

In shaa Allah jika diizinkanNYA akan bcgkan pattern 2 ini di post akan datang.

Assalamualaikum & Good Nite Semua

Sunday 5 January 2014

MY ENGLISH BEST TUITION CLASS 2014 !


MY ENGLISH BEST TUITION CLASS !

My English Tuition Class 2014 for primary and secondary students is going to be held in February 2014 . As usual the class is on every Friday , 2 hours per session.

Students or parents who stay in Kota Bharu and nearby area who are seeking for a home based tuition are most welcome to contact me at 019 - 9170769 (sms/whatsapp ) for the details of the class.

The number of students per class is only limited to 10 students, thus priority is given to the early birds.

" BEST TUITION , BEST TEACHING, ONLY BY BEST TEACHER "


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...